Friday

#4

Assalamualaikum , Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang .

Bila sebut tentang dugaan aku pasti semua orang pernah diberi dugaan tidak kira dia Islam ataupun bukan Islam.Kadang-kadang Allah turunkan dugaan ujian cabaran hanya untuk membuatkan kita ini sentiasa dekat denganNya . Dugaan ini sebenarnya boleh jadi dalam pelbagai bentuk cuma kita je yang tak sedar kerana kita terlampau lalai leka dengan nikmat dunia sekarang , Allahu .Tapi setiap dugaan ujian dan cabaran yang Allah turunkan semuanya mampu untuk dihadapi oleh hambaNya . Jangan mengeluh jika diberi dugaan itu tandanya Allah sayangkan kita , InsyaAllah ;)

Jika kita hidup di dunia yang sementara ini tiada ujian bukanlah kehidupan namanya. Aku lebih suka dan bersyukur jika diberi dugaan ujian dan cabaran berbanding Istidraj. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kehidupan kita hidup dunia yang sementara ini . Jika inginkan Syurga jawablah dan lalui ujian dunia ini dengan baik .

Kita diuji sebab ? Boleh lihat jawapan di Surah Al~Ankabut ayat 2~3 ; "Dan sesungguhnya kami menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta "

Kadang-kadang aku mohon aku berhajat aku idam tidak diperoleh ? Boleh lihat jawapan surah Al-Baqarah ayat 216 ; "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah megetahui sedang kamu tidak ketahui "

Beratnya ujian ini dan mampukah aku ? Boleh lihat jawapan di Surah Al ankabut ayat 286 ; "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "

Perasaan kecewa kadang-kadang terlintas ?Boleh lihat jawapan di Surah Al Imran ayat 133 ; "janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersdih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"

Rasa sedih ? Boleh lihat jawapan di Surah At taubah ayat 40 ; " Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita "

Bagaimana harus aku menghadapinya ?Boleh lihat jawapan di Surah Al Imran ayat 200 dan Surah Al Baqarah ayat 45 ; "Wahai orang yang beriman,bersabarlah kamu dalam segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaranmu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mencapai kejayaan" "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk "

Begitulah kasih Allah terhadap hamba-hambanya tetapi kasih kita terhadap Allah bagaiman ? Allahu ;'( Pernah terdengar nasihat dan masih ingat nasihat dari Ustaz Kazim Alias ?

" Ketika kamu sedih, pejamkan mata dan katakan dalam hatimu " inilah perjalanan hidupku . Allah Taala yang meletakkan aku disini semua perancangan Allah" . Jadi aku mesti meneruskan hidup ini kerana aku pelu meneruskan perjalanan hidup ini kerana aku prcaya diatas ketetapanNYA . Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku . Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. terima kasih Ya Allah, kerana mengasihi diriku" ,selepas itu buka mata dan tersenyum. "

Jangan Bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita , Idea Asal - Ukhti Hidayah -