Tuesday

#6

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayidina Muhammad,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini. Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat wal’afiat dan berbahagia bersama keluaraga/orang tersayang , Amin Ya Rabb

Bila sebut tentang cinta ia menjadi sesuatu yang sudah menjadi sinonim dengan diri kita , Sama ada boleh jadi Cinta kepada Yang Maha Esa , Cinta kepada Rasulullah s.a.w , Cinta kepada kedua Ibu Bapa dan Cinta kepada sahabat kita . Cinta itu anugerah yang tidak boleh dielak mahupun mengelak . Cinta itu adalah makhluk yang tidak bernyawa , makhluk yang tidak bejisim mahupun berjirim . Tidak juga mempunyai rupa paras fizikal. Tetapi ia adalah sangat ajaib dan sangat berkuasa kerna perasaan cinta itu mampu menjalar di dalam jiwa dan menggetarkan rasa jiwa seseorang . Tetapi pernahkah kita terfikir Siapakah Penciptanya ? Tepuk dada fikir seketika ,

Cinta itu adalah anugerah dari Maha Pencipta kepada hambaNya dan cinta adalah suci kerna ianya bertujuan bagi menjadikan ciptaan Tuhan saling kasih mengasihi saling cinta mencintai antara satu sama lain . Fitrah Manusia hidup di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain . Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai cinta disalah ertikan dan bebrbeda dari asal yang sebenar .Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia cuma yang menjadi perbezaan hanya cara bagaimana Syaitan itu menyesatkan ,

Masa remaja di mana mereka merasakan diri sudah besar sudah matang dan sudah mampu lakukan segalanya . Masa remaja juga adalah masa cinta mereka sedang berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan. Berbicara soal cinta remaja adalah berbicara soal hubungan dan pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini hanyalah cinta remaja yang BATHIL, yang salah, yang terlarang, dan yang haram, dan bukan cinta remaja yang suci. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini ialah cinta remaja sebelum mereka bernikah, iaitu mereka bercinta dengan lelaki bukan hak halal mereka ie: bukan suami mereka.

Satu petikan dari Ustazah Fatimah Syahra "Kalau kita bercouple berkawan - kawan 20 tahun sekalipun kamu takkan kenal dia , Yang kamu kenal adalah lakonannya"

Sedikit perkongsian ;

1. Rasulullah s.a.w bersabda "Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan akan menjadi orang ketiga." "Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya." (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

2. Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu." (hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).

3. Surat al Israk ayat 32 menjelaskan "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

4. "Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Dan siapa sahaja yang belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu memiliki pembenteng (wija)" (HR. Bukhari Muslim).

5. "Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cukup sampai disini InsyaAllah ada masa akan ada coretan lain , Assalamualaikum
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayidina Muhammad