Wednesday

#2

Aku sejak dua menjak ni lebih suka menyediri dan kadang-kadang aku rasa menyendiri itu lebih baik daripada aku bercakap dan bergurau sebab kadang-kadang berdiam itu lebih baik . Aku semenjak dua menjak ni banyak bermuhasabah diri. melihat gambar-gambar lama, terkenang peristiwa-peristiwa lama. kadang-kadang aku menyanyi lagu-lagu lama. aku percaya dengan merenung dan berfikir sejenak perkara-perkara yang sudah lepas merupakan langkah pertama bagi mentransformasikan diri kita ke satu dimensi yang lebih baik seterusnya memacu kejayaan di masa - masa akan datang. Walaupun tidak dapat berubah banyak dapat berubah sedikit pun dikira bonus untuk aku .Tambah pula dengan keadaan dunia akhir zaman begini yang rata-rata sedang sakit dengan kelalaian dunia .

Aku rasa kalau aku boleh keluarkan hati aku macam ceriita Constantine sudah lama aku keluarkan dan kasi tunjuk sama readers semua . tapi aku faham kerna aku tidak boleh berbuat sedemikian rupa kerna aku insan biasa yang tidak mempunyai apa-apapun keistimewaan walaupun sedikit ,aku juga tidak mempunyai apa-apa kuasa dan cuma yang ada kuasa hanya Allah yang satu sahaja . jikalau aku keluarkan hati aku sudah tentu ajal aku pun sampaii . Hati kita ini kalau boleh jangan dibiarkan sampai mati sebab hati mati maksudnya tidak ada apa-apa perasaan bila melihat perkara mungkar depan mata . Jaga diri pandai bawa diri jangan sampai leka jangan sampai lalai jangan sampai terpesong dari jalan yang lurus . Mohon pada Allah supaya sentiasa membolak balikkan hati kita ini sentiasa dijalanNya dan diredhaiNya ;)