Assalamualaikum ,
Perasaan gembira itu adalah hak untuk semua orang , tidak kira samada kita orang bawahan atau orang atasan atau tidak kira kita ahli usrah atau naqib atau masul kerana semua layak untuk merasai perasaan gembira ini . Jikalau kita dapat berita gembira pernah tak kita ucap "Alhamdulillah" - Segala Puji Bagi Allah . Kalau sebelum ini belum mari kita mulakan dengan hari ini , InsyaAllah ;)
Aku juga bersyukur dan gembira jika cerita ini betul-betul berlaku pada diriku walaupun aku tahu Syurga Allah itu mahal ,
Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? “
Suaminya memandang muka isteri dan berkata ” Saat itu belum terjadi lagi.. “
Si Isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”
Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari dimana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ didalam rumah kita di Syurga..”
Lelaki yang Baik InsyaAllah untuk perempuan yang baik ,
Surah An-Nur Ayat 46 ,